Tuesday 29 September 2015

Penghargaan

        
        Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
      Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah , Dr Haji Kamrudin bin Haji Abu Hassan kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
      Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan tugasan ini. Dia telah memberikan saya segala sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini..
     Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

       Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih. 

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Apa itu KBAT?
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.
Akhir kalam, saya sertakan video mengenai KBAT Matematik yang diambil dari YouTube

Monday 21 September 2015

GKB 1053 Bab 10-Penyesuaian Sosial

10.1 Kemahiran Interpersonal

10.2 Kemahiran Intrapersonal

10.3 Pelajar Sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran

10.4 Isu-Isu Perkongsian Maklumat

10.5 Isu Gender Dalam Kecemerlangan Akademik

Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap
http://www.slideshare.net/fatihah_97/bab-10-53001980

GKB 1053 Bab 9-Sikap terhadap Pentaksiran

9.1 Jenis-Jenis Pentaksiran

9.2 Persediaan Untuk Pentaksiran

  • Tugasan Individu
  • Tugasan Berkumpulan
  • Integriti Pelajar
Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap

GKB 1053 Bab B 8-Sistem Pengurusan Pembelajaran(Learning Management System)

8.1 Ciri-Ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran

8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran

8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap
http://www.slideshare.net/fatihah_97/bab-8-53001892

GKB 1053 Bab 7-Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer

7.1 Perisian Ultiliti

7.2 Perisian Pemprosesan Perkataan

7.3 Perisian Hamparan Kerja

7.4 Perisian Persembahan Elektronik

7.5 Perisian Pangkalan Data

7.6 Blog

Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap
http://www.slideshare.net/fatihah_97/bab-7-53001773

GKB 1053 Bab 6-Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

6.1 Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul

6.2 Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan

6.3 Menilai Maklumat

6.4 Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis

Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap
http://www.slideshare.net/fatihah_97/bab-6-53001729

GKB 1053 Bab 5-Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota

5.1 Cara-Cara Membuat Nota
  • Annotation
  • Outline Notes
  • Column Notes
  • Nota Rumusan
5.2 Alata-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota
  • Pengurusan Grafik
  • Peta Minda
  • Pemetaan i-Think
  • Teknik Menyoal Aras Tinggi
  • Penyoalan Sokratik
  • Soalan Bertumpu Dan Mencapah
  • Lingkaran Soalan
  • Alat-alat CoRT 1
  • Alat-alat CoRT IV
Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap

GKB 1053 Bab 4-Teknik Membaca

4.1  Pembacaan cepat


4.2  Pembacaan perlahan

Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap
http://www.slideshare.net/fatihah_97/bab-4-53001636

GKB 1053 Bab 3-Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

3.1  Pencarian Sumber Maklumat

3.2  Pengurusan Maklumat

3.3  Pencarian Di Perpustakaan

3.4  Pelayaran Internet

3.5  Sumber Primer Dan Sumber Sekunder

Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap

Sunday 20 September 2015

GKB 1053 Bab 2-Pengurusan Pembelajaran

2.1 Penepatan Matlamat Diri Dan Akademik

2.2 Pengurusan Masa

2.3 Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri

2.4 Stratergi Meningkatkan Ingatan

2.5 Perancangan Jadual Belajar

Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih 
lengkap

GKB 1053 Bab 1-Pengenalan Kemahiran Belajar

1.1 Konsep Kemahiran Belajar

1.2 Persekitaran Pembelajaran di IPG

1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri

Sila rujuk link di bawah untuk nota yang lebih lengkap

Saturday 12 September 2015

Pengalaman Membuat Blog

Assalamualaikum.
Pada mulanya saya membuat blog ini, saya menghadapi sedikit masalah teknikal, saya tidak mempunyai apa apa pengetahuan mahupun pengalaman membuat blog namun setelah tunjuk ajar dari pensyarah saya, serta  beberapa rakan saya, blog ini terhasil. Saya harap agar blog ini dapat membantu saya menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Semoga blog ini bermanfaat kepada semua. 
”Carilah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat”. (Al Hadits)